Inside.
Hamba Allah yang menyusuri dunia demi memahami sebuah kehidupan. Kehidupan yang diluahkan melalui penulisan. Agar dapat berkongsi sesuatu yang dinamakan PENGALAMAN.
Dia.
Friday, August 2, 2013 | 8/02/2013 05:23:00 PM | 0 letters
Dia yang aku kenal, dia yang aku sayang, dia yang aku jumpa hampir setiap hari di kelas, dia yang sering meneman aku ke admin, dia cumalah seseorang yang bergelar crush. Tak lebih dari tu. Dia pada mulanya seorang yang aku rapat, mungkin sebab terpaksa bergabung untuk jayakan boria yang ktorang terpaksa join. Tapi makin lama makin renggang persahabatan antara kami berdua. Mungkin aku yang menjauhkan diri, atau dia sudah bosan menjadi teman aku.

Bila aku perlukan teman untuk ke admin, dia sudi untuk teman. Aku tahu mesti ada yang tertanya, aku takde kawan perempuan ke nak ajak pergi jumpa pensyarah? Ada, cuma biasalah, bila aku ajak, jawapannya mesti "malas". Lagipun, dia jenis yang peramah sikit dengan lectures jadi aku takdelah terasa AWKWARDDDD~ bila jumpa lecturer. Ktorang ada la dua tiga kali pergi jumpa lecturer bio sesama. Dia pandai bio jadi aku ambil lah keputusan untuk ajak dia teman aku. Lagipun dia memang selalu study dekat admin masa sem satu dulu. Sem dua pun sama. Cuma sekali jelah ktorang pergi sesama. Lepas tu.... ktorang dah tak rapat.

Maaflah ye kepada semua peminat dia kerana aku dah curi crush korang dan banyak menghabiskan masa dengan dia. Sangat seronok bila dengan dia sebab dia jenis yang melayan lawak seseorang. Mungkin sebab tu lah ramai perempuan rapat dengan dia. Yelah, orang pemes ramai peminat kan. Petik jari semua datang. Aku jelah tercongok kat situ tengok aweks aweks cun tu semua. Agak kelakar bila aku entah macam mana boleh TERrapat dengan ex dia. Ianya tak disengajakan. Rasa macam sedih bila tahu yang ex dia dan dia saling sayang menyayangi and i'm here was like "forever alone". ok maybe I was not really that forever alone because people might give comment to me saying that Allah is with us. Ya I know lah Allah is with us, but have you ever been in situation where you see your crush with his/her partner? heartbreaking rightttt??!!

Pernah masa study week sem dua dia belikan aku ferrero roche sebab aku tak dapat ferrero roche masa kelas ktorang bukak hadiah sempena dinamika. Aku rasa terharu sangat sebab ada hari sebelumnya aku pernah berangan dia belikan aku coklat. hahahaha. kelakar lah. Pernah jugak sebelum ni aku macam mengharap yang dia bagi aku mesej dan tetbe dia mesej. Masa sem satu, waktu ktorang rapat tu, pernah aku mengharapkan call dia or something dan tetbe dia call ajak study sesama. Happy gila waktu tu. Hm. Tu semua kenangan sem satu yang aku takkan lupa.

Ada satu malam ni, kumpulan ktorang terpaksa berkumpul siapkan kerja dinamika, duduk sama sama dengan asyiqin, meena dan dia. Dia asyik merungut lapar je jadi aku paksa dia pergi beli makanan. Bila dia datang balik dekat ktorang, dia bagi ktorang setiap sorang coklat cadbury kecil tu. Macam tawu tawu je aku suka coklat. hahaha.

Masa kelas ko-k, aku selalu jugak duduk dengan dia. Lepas latihan boria satu hari tu, ktorang duduk belakang dengar lecturer membebel apa tah. Tetbe ada deretan kipas yang berkaki tu dekat sebelah kiri dsl, kelakar jugak masa tu. boleh pulak buat lawak pasal kipas. Ktorang gelak je masa tu. hehe Hm. Sem satu ktorang selalu study sama-sama. Tapi gara-gara sorang perempuan ni, aku terpaksa study dalam bilik je. Hm aku ada masalah di mana selalu akan tidur bila study dalam bilik. Tak pun masalah tidur awal. Sebab tu aku ajak dia study sama sama sebab dia selalu akan setuju je. Jadi bila dia dah study dengan perempuan tu, aku sedih sangat. Satu hari tu, aku terpaksa gagahkan diri study dengan dia dan perempuan itu serta gengnya dalam satu meja. Aku hanya mampu diamkan diri dan hanya bercakap dengan dia dan sorang perempuan ni je. Tetbe kawan aku kata sweetnya ktorang. Hahahaha apa nya lah yang sweet. Padahal ktorang study chemistry sesama je kot. Itu pun sebab aku duduk sebelah dia, sebab aku mana kenal orang lain kecuali dia dengan kawan lagi sorang tu. Aku hanya mampu cakap dengan dia jelah.. dan kawan tu..

reaksi aku dalam hati bila that perempuan talk continuously and ask ridiculous question

Rasanya dah panjang lebar aku membebel pasal dia, yang tak sedar kewujudan aku. inshaAllahh akan bersambung lagi. xoxoain
Buka matamu,
Monday, July 22, 2013 | 7/22/2013 10:14:00 PM | 0 letters
Dunia ini bukan kau punya,
Jangan kau menipu diri lagi,
kononnya semua ini kekal abadi.

Jangan kau menutup sebelah mata,
melihat semua bagaikan sempurna,
ketika kau dipersenda,
oleh sandiwara dunia.
Mungkin,
Mungkin juga kau tak sedar,
Hinaan diberi kepada mereka,
yang kau rasa selayaknya.

Tapi kau lupa,
Yang kau panggil hitam,
Yang kau panggil gemuk,
Yang kau panggil kudung,
Yang kau panggil cacat,
dan segala panggilan hina itu,
juga bergelar manusia.

Bukalah mata itu wahai teman,
bukalah seluas-luasnya.

Older Post