Inside.
Hamba Allah yang menyusuri dunia demi memahami sebuah kehidupan. Kehidupan yang diluahkan melalui penulisan. Agar dapat berkongsi sesuatu yang dinamakan PENGALAMAN.
~HaRapAn InsAnI~
Thursday, June 17, 2010 | 6/17/2010 12:00:00 AM | 0 letters
Tatkala mentari mendaki langit,
aku letih menanti hari,
Berdekad lama hati ini sakit,
menahan api terbakar perit...

Aku resah di dalam gelisah,
Takut aku untuk bertemu kalian,
Tahuku tiada yang menyayangiku,
kerana ana al-anas terasing..

Saat bingar engkau ketawa,
Pasrah aku di dalam kesepian,
Durjana dirimu pada diriku,
pada diriku tiada kisahmu,
Menyepikan aku didalam air linangan...

Sungguhpun aku sentiasa berharap,
Agar engkaulah khairul-insani,
Namun engkau tiada peduli,
Merobek htiku dengan ketajaman katamu...

Lingkup kataku,
Terdiam aku pasrah,
Akur aku dengan takdir Ilahi,
Semoga engkau menjadi khairulNas,
menjadi sahabat semua insani,
Sahabat dengan hatimu Mahmudah.....

Older Post | Newer Post